Thursday, October 16, 2008

Peminat anime dan manga yang berada diluar negara Jepun telah meminjam banyak "perkataan dan frasa bahasa Jepun". Sesetengah daripada perkataan-perkataan ini telah disalah tafsir, ditafsir semula ataupun melalui perubahan dari segi makna. Selain itu, pelbagai jenis istilah yang berkaitan dengan anime, manga dan fandom telah muncul, sama ada menerusi penterjemahan/alihan kata daripada bahasa Jepun ataupun sebahagian daripada slanga yang dikongsi atau istilah budaya kecil.
Dalam sesetengah kes pula, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun telah menyumbang dalam bermacam-macam gaya yang kompleks untuk mencipta suatu pembentukan perkataan-perkataan baru dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh; Hentai - 'H' - Ecchi.
Budaya-budaya kecil lain juga telah mengambil perkataan-perkataan pinjaman bahasa Jepun menerusi hubungan dengan para peminat media tersebut, seperti anime dan manga.
Tambahan pula, terdapat banyak perkataan dan frasa dalam bahasa Jepun yang akan dijumpai dan didedahkan kepada para peminat dan juga mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan anime dan manga.
Anime juga merupakan perkara yang menbabitkan remaja yang gemar akan cerita yang bersifat khayalan,

No comments: