Thursday, October 16, 2008

Peminat anime dan manga yang berada diluar negara Jepun telah meminjam banyak "perkataan dan frasa bahasa Jepun". Sesetengah daripada perkataan-perkataan ini telah disalah tafsir, ditafsir semula ataupun melalui perubahan dari segi makna. Selain itu, pelbagai jenis istilah yang berkaitan dengan anime, manga dan fandom telah muncul, sama ada menerusi penterjemahan/alihan kata daripada bahasa Jepun ataupun sebahagian daripada slanga yang dikongsi atau istilah budaya kecil.
Dalam sesetengah kes pula, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun telah menyumbang dalam bermacam-macam gaya yang kompleks untuk mencipta suatu pembentukan perkataan-perkataan baru dalam bahasa masing-masing. Sebagai contoh; Hentai - 'H' - Ecchi.
Budaya-budaya kecil lain juga telah mengambil perkataan-perkataan pinjaman bahasa Jepun menerusi hubungan dengan para peminat media tersebut, seperti anime dan manga.
Tambahan pula, terdapat banyak perkataan dan frasa dalam bahasa Jepun yang akan dijumpai dan didedahkan kepada para peminat dan juga mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan anime dan manga.
Anime juga merupakan perkara yang menbabitkan remaja yang gemar akan cerita yang bersifat khayalan,

manga revolution

Manga merupakan satu fenomena yang menjadi kegilaan remaja sekarang manga merupakan bahan bacaan yang mengisi masa lapang remaja. Manga, jika diterjemah secra harafiah, bererti "gambar rambang". Perkataan ini julung kali dipakai secara umum pada akhir abad ke-18 apabila keluarnya karya-karya seperti "Mankaku zuihitsu" oleh Suzuki Kankei (1771) dan Santo Kyoden buku bergambar "Shiji no yukikai" oleh Santo Kyoden (1798), dan juga pada awal abad ke-19 dengan karya-karya seperti "Manga hyakujo" oleh Aikawa Minwa (1814) dan Hokusai manga masyhur yang mengandungi beraneka lukisan daripada buku sketsa artis ukiyo-e terkenal bernama Hokusai.[1] Namun begitu, giga (harrafiahnya "gambar lucu"), terutamanya Chōjū Jinbutsu Giga (鳥獣人物戯画,, Chōjū Jinbutsu Giga? literally "gambar lucu haiwan dan manusia"), yang dilukis pada abad ke-12 oelh pelbagai pelukis, banyak mengandungi sifat-sifat manga seperti penekanan pada cerita dan garis-garis yang ringkas dan penuh kesenian.

Ilustrasi kayu kayan Jepun dalam abad ke-19
Manga moden berkembang dari campuran buku bercetak blok kayu dan gambar dengan gerakan seni yang asing. Apabila Amerika Syarikat mula berdagang dengan Jepun, Jepun sedang memasuki satu zaman pemodenan pesat yang diiringi globalisasi. Maka, rakyat negara Jepun mengimport artis asing untuk mengajar murid-muridnya benda-benda seperti garis, rupa dan warna, iaitu elemen-elemen yang tidak pernah ditakan dalam ukiyo-e kerana idea di sebalik gambar biasanya dianggap lebih penting[perlu petikan]. Manga pada zaman itu dikenali sebagai Ponchi-e (Punch-picture) dan, sepertilah majalah British Punch yang selaras dengannya, kebanyakannya menggambarkan humor dan sindiran politik dalam format pendek, bergambar satu atau empat.
Ketika lewat zaman Meiji hingga sebelum Perang Dunia Kedua, mangaka terkenal termasuk Rakuten Kitazawa dan Ippei Okamoto. Rakuten Kitazawa pernah berlatih di bawah ajaran Frank A. Nankivell, seorang artis Australia, dan bekerjasama dengan Jiji Shimpo setelah diperkenalkan kepadanya oleh Yukichi Fukuzawa. Selepas itu, Rakuten menerbit karya-karya masyhur seperti Tagosaku to Mokubē no Tōkyō-Kenbutsu (田吾作と杢兵衛の東京見物,, Tagosaku to Mokubē no Tōkyō-Kenbutsu? "Tagosaku dan Mokube Melawat Sekitar Tokyo") (1902) dan Haikara Kidorō no Sippai (灰殻木戸郎の失敗,, Haikara Kidorō no Sippai? "Kegagalan Kidoro Haikara") (1902). Ippei Okamoto ialah pengasas Nippon Mangakai, persatuan kartunis paling sulung di Jepun. Karya manga manbunnya, seperti Hito no Isshō (人の一生,, Hito no Isshō? "Hidup satu orang") (1921), menjadi pengaruh utama terhadap mangaka zaman sekarang dan menjadi prototaip bagi manga fiksyen pada zaman seterusnya.

Format manga
Manga dibaca bermula dari kanan ke kiri.

Pengaruh antarabangsa

Di Amerika Utara
Manga terbukti menjadi industri yang pesat membangun di Amerika, mencapai nilai pasaran sejumlah $180 juta pada 2005. Tambahan pula, sebagai bukti kukuh pengaruhnya, sekurangnya 40 akhbar bersindiket telah menambah manga pada sudut komik mereka.Manga juga menimbulkan minat kaum wanita untuk membaca komik. Di Amerika Syarikat di mana pembacaan komik didominasi lelaki, perempuan merangkumi 60% daripada bilangan pembaca manga.
Manga juga telah mempengaruhi gaya pelukisan komik yang ditampilkan oleh muka-muka baru dalam arena penghasilan karya komik di Amerika.

Di Malaysia
Manga telah wujud di Malaysia sejak zaman Doraemon. Sekarang, terdapat beberapa penerbit yang ditanggungjawabkan untuk menerbit komik yang diterjemah ke Bahasa Melayu atau Cina, seperti Tora Aman dan Comics House. Manga juga diterbit dalam majalah seperti Kreko dan Arena.
Manga dalam bahasa Inggeris juga didapati tetapi terhad kepada kedai-kedai buku tertentu sahaja.
Dewasa ini, kehadiran manga didapati mempengaruhi karya-karya komik tempatan seperti yang terdapat dalam majalah Gempak dan Starz.

Jenis manga
Josei (atau redikomi): wanita
Kodomo: kanak-kanak
Seinen: lelaki dewasa
Shōjo: gadis muda/remaja
Shōnen: lelaki muda/remaja
Battling companion: Teman perjuangan (tidak rasmi)
Alternatif
Gekiga: gambar dramatis
La nouvelle manga: gerakan seni Pernacis-Belgium/Jepun
Semi-alternatif: gaya individualistik penerbitan popular
Manga OEL: manga bahasa Inggeris asli
Dōjinshi: Fan-art (Karya peminat) atau manga terbitan sendiri
Magical girl (mahō shōjo): gadis sihir
Robot/Mecha: robot gergasi
Moe (juga mahō kanojo atau teman wanita sihir)
Shōjo-ai atau Yuri: asmara lesbian
Shōnen-ai atau Yaoi: asmara gay
Hentai: lucah

Siri manga yang popular di Malaysia
Bleach
Crayon Shin Chan
Detektif Conan
Doraemon
Dragon Ball
Eyeshield 21
Fullmetal Alchemist
Gundam Seed Destiny
Mirmo de pon
Naruto
One Piece
Shaman King
Slam Dunk
Tsubasa: Reservoir Chronicle
Yu-Gi-Oh!